Thistle Johor Bahru memeriahkan Ramadan 2023 di Sungai Chat dengan Bufet Ramadan ‘Citarasa Warisan Kampung’
Hotel Thistle Johor Bahru memang secara tradisinya menjadi antara hotel yang meriah bufet Ramadannya setiap kali bulan yang mulia ini tiba. Dengan pelbagai pilihan makanan yang banyak, pelbagai dan menarik. Ramadan kali ini, dengan tema ‘Citarasa Warisan Kampung’, Hotel Thistle Johor Bahru menjanjikan kepelbagaian lagi dengan lebih 400 hidangan bergilir-gilir. Bufet Ramadan ‘Citarasa Warisan Kampung’ ini akan dilangsungkan di Grand Ballroom, Hotel Thistle Johor Bahru untuk keluasan yang lebih menyelesakan pengunjung dan kemeriahan yang lebih terasa.
Kibas Panggang 30 Hari
Siput Sedut Masak Lemak
Asam Pedas Ikan Pari
Paru Goreng Belado
Paru Goreng Belado ini juadah yang sangat nostalgia buat saya. Sejenis juadah yang selalu emak dan makcik-makcik saya masakkan. Bila nampak paru belado yang ladanya penuh macam ni, rasa terjentik-jentik tekak penggemar makanan pedas ni. Sedap betul paru goreng kenyal-kenyal di luar, lembut di dalam, dengan padanan pedas tu.
Ayam Percik
Sate haruslah ada dalam Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru ni. Kali ni, ada sate ayam dan sate kambing. Tu dah menarik satu hal. Sebelah dia pulak ada sambal keli goreng dengan ayam percik. Pergh, merecik! Memang sedap. Ngam dengan geng sate dan kambing tu.
Lagi yang menarik dalam Bufet Ramadan Hotel Thistle Johor Bahru
Durian dan durian goreng antara yang jadi serbuan dalam preview Bufet Ramadan ‘Citarasa Warisan Kampung’ yang lalu. Nasi Arab dengan tulang kambing dan ayam siap dengan salsa dan sos pudina juga sedap bagi saya. Kuih-muih tradisional yang terhidang pun sedap-sedap. Saya suka betul bila lepat pisang tu dibelah dua begitu, jadi kurang pembaziran daripada besar-besar orang tak habis makan.
Hotel Thistle Johor Bahru turut menjemput artis untuk menghiburkan pengunjung setiap Sabtu. Antaranya, Siti Nordiana, Ayai Ellusi dan Kudien. Diva AA iaitu Azwan Ali pun akan turut muncul bersama dengan anda. Dan pastinya, Emce Embun JB dan Akmal Daniel, pemain biola yang bersama dengan Thistle Johor Bahru tahun lepas akan turut bersama tahun ini memeriahkan majlis.
Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut
Hubungi terus Hotel Thistle Johor Bahru di talian 07 267 8999 atau WhatsApp 012 789 2092. Like dan ikuti page Thistle Johor Bahru di Facebook dan Instagram untuk dapatkan info terkini berkenaan aktiviti dan promosi mereka.
Meriahnya menu sesedap
ReplyDeleteBetul. Memang rare kibas n siput sedut tu.
Deletepakkal la aku ni tak reti makan siput sedut ekkk
ReplyDelete