Bufet Ramadan di Puteri Harbour dan Restoran Star Hadramout Johor Bahru
Peminat-peminat makan Arab dari Johor dan Singapura, sila muncul! Ramadan kali ini, kita semua boleh nikmati makanan-makanan Yaman dan Arab tanpa had. Tak perlu lagi pesan satu-satu. Nikmati aje semuanya dalam Bufet Ramadan Star Hadramout.
Kali ini, tak perlu lagi risau kalau sesak di Restoran Star Hadramout Johor Bahru. Ada lokasi baru ya: Puteri Harbour. Boleh pilih lokasi yang lebih dekat, mudah atau anda lebih suka. Antara makanan yang saya suka di Restoran Star Hadramout termasuklah pelbagai jenis nasi Arab, kambing dan ayam dalam nasi Arab, pelbagai ayam, daging dan kambing panggangnya dan kunafa serta baklava.
Boleh baca tentang pengalaman saya makan di sana dalam post saya yang lalu.
Bufet Ramadan Restoran Star Hadramout dapat sambutan meriah
Tahun lepas, bufet Ramadan Restoran Star Hadramout mendapat sambutan yang meriah dari warga Johor Bahru dan Singapura. Boleh lihat daripada gambar-gambar di bawah.
Juadah dalam Bufet Ramadan yang lalu
Antara juadah yang ditawarkan dalam bufet Ramadan Restoran Star Hadramout yang lalu adalah pelbagai nasi Arab ayam, kambing dan daging serta manisan-manisan Arab seperti kunafa. Harapnya semua juadah yang menarik ini akan kembali dalam bufet Ramadan 2023 kali ini.
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi terus Restoran Star Hadramout
Hantar WhatsApp kepada 011 1185 4766 atau 011 1151 9766. Jangan lupa untuk tentukan lokasi pilihan anda sama ada Puteri Harbour atau Restoran di Johor Bahru semasa membuat tempahan.
Kemeriahan Ramadan pasti terasa dengan Bufet Ramadan Restoran Star Hadramout.