Bufet Ramadan 2023 Granada Hotel Johor Bahru

Granada Hotel Johor Bahru tawar Bufet Ramadan bawah RM100

Jarang jumpa bufet Ramadan bawah RM100 yang menawarkan pilihan makanan sedap dan memuaskan hati. Namun, Granada Hotel Johor Bahru berjaya membuktikan sebaliknya dalam Preview Buffet Ramadan 'Citarasa Muhibbah' yang saya hadiri minggu sudah.

Granada Hotel Johor Bahru terletak di Bukit Indah, tidak jauh dari Pasaraya Aeon Bukit Indah. Dengan Olla Restaurant yang menampilkan sijil halal, saya pasti ramai akan memilih Granada Hotel Johor Bahru sebagai lokasi pilihan berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti.

Siput Sedut 'Citarasa Muhibbah' Granada Hotel Johor Bahru

Melihat senarai menu dalam preview 'Citarasa Muhibbah', saya paling tertarik dengan Siput Sedut Masak Lemak Nenas. Bila saya makan tu, amboi segar betul! Siputnya besar-besar pula tu. Kalau beli sendiri, susah nak dapat saiz-saiz begitu sekarang ni. Lagi satu, selalunya masak lemak siput sedut dengan serai atau batang keladi, tapi di sini siput sedut dimasak campur nenas. Kelainan tu membuatkan teringat-ingat siput sedut Granada Hotel ni.

Siput Sedut Masak Lemak


Sambal Udang Petai 'Citarasa Muhibbah' Granada Hotel JOhor Bahru

Walapun saya bukanlah penggemar petai, tapi sambal yang sedap dan udang segar susah nak ditolak. Jadi makanlah saya Sambal Udang Petai tanpa petai. Maafkan saya, petai yang saya tolak tepi. Ada kakak semeja dengan saya siap bertambah nasi sebab nak makan lagi Sambal Udang Petai ni. Garfu dan sudu pun kena tolak tepi bila rasa tak syok nak kopek udang banyak-banyak.

Sambal Udang Petai


Kambing Golek Nasi Arab 'Citarasa Muhibbah'

Di mana-mana buffet Ramadan ada kambing golek. Tapi setiap kambing golek ada keunikannya, dari air tangan chef, perapan, kesegaran daging kambing hinggalah suhu masakan. Kambing Golek 'Citarasa Muhibbah' Granada Hotel Johor Bahru ini lembut 'well done' dagingnya dan rangup kulit di luarnya. Apa yang paling menarik bagi saya secara peribadi adalah sos bawang putih (garlic sauce) kegemaran saya tu. Makan kambing ala-ala kebab gitu.

Nasi Arab yang sedap bagi saya adalah nasi arab yang enak dimakan begitu saja, tanpa lauk, tanpa kuah. Dan Nasi Arab 'Citarasa Muhibbah' ini menepati citarasa saya. Butir nasi lembut dengan rempah ratus dan minyak sapi yang cukup, memang membuka selera orang berbuka puasa.

Kambing Golek Nasi Arab


Lagi yang menarik dalam Bufet Ramadan 'Citarasa Muhibbah' Granada Hotel Johor Bahru

Durian Goreng, Onde-onde dan Keropok Lekor


Ikan Gulai Darat


Sate Ayam dan Sate Daging



Jemput singgah page untuk lihat semua gambar makanan yang ada. 
Mohon sokong dengan Like & Follow FB page Nota Afzani Tual ya.


Untuk tempahan Bufet Ramadan 'Citarasa Muhibbah' Granada Hotel Johor Bahru


Hubungi 0177998413 atau WhatsApp pautan berikut https://wa.link/q1z8ne.

Bufet Ramadan 'Citarasa Muhibbah' boleh dinikmati bermula 25 Mac hingga 16 April 2023. Anda boleh tempah dengan harga RM99 bagi dewasa dan RM79 bagi kanak-kanak dan warga emas. Jika anda menempah menjelang 22 Mac 2023, harga istimewa akan diberikan iaitu RM79 bagi dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak dan warga emas.


Granada Hotel Johor Bahru turut menawarkan 'Ramadan Staycation Deal'. Berbuka puasa, bermalam dan bersahur di Granada Hotel dengan harga promosi istimewa RM247 bagi orang pertama.



Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

2 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. Replies
    1. Betul betul. Bufet saiz sederhana macam ni puas hati dapat makan semua. Takde terkilan.

      Delete
Previous Post Next Post