Bufet Ramadan Holiday Inn JBCC 2023

Bufet Ramadan Holiday Inn Johor Bahru City Center, Anyaman Rasa Timur | Tema bufet Ramadan Holiday Inn Johor Bahru City Center yang sungguh romantis kali ini makin menggamit rindu pada Ramadan. Lagi-lagi bila bufet Ramadan ini menjadi pembukaan preview bufet Ramadan 2023 ini.

Dengan makanan-makanan panas berempah terdiri daripada Kambing Golek, Nan Tandoori siap charcoal nan, cheese nan dan sesame nan, 3 jenis Nasi Arab, Sate kambing, ayam dan daging, dan Grilled barbeque, memang terbuka sungguh selera kami semalam. 

Kambing Golek


Lauk-pauk masakan tradisi Melayu juga tak mungkin ditinggalkan. Bubur lambuk ayam dan daging buat berbuka ringan. Bolehlah disambung dengan nasi berlauk lepas solat Maghrib. Ada Paru Berlada, Daging Rendang, Sambal Sotong, Ketam Bakar, Udang Cornflakes, dan Telur Itik Masak Lemak Cili Padi. Pedas betul sambal sotong tu, memang kena dengan citarasa saya. Telur itik yang direbus carak (poached) sempurna yang meleleh kuningnya dan sempurna putihnya. Tak cukup ambil sebiji ya.

Ketam Bakar

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi


Tiga jenis gulai kawah panas-panas tak boleh tinggal ya. Gulai ayam, gulai kambing dan asam pedas ekor. Gulai Kambing tu lemak betul, pekat kuahnya sedap digaul dengan nasi dan lembut betul kambing tu. Asam pedas ekor kembali lagi lepas laku keras dalam bufet Ramadan yang lepas, back by popular demand, katanya.

Asam Pedas Ekor Air Tangan Chef

Gulai Kambing

Udang Cornflakes


Dah makan panas-panas, minum pula air katirah dan makan buah-buahan buat sejukkan tekak. Semua dihidang ala bazar Ramadan, sebelah-menyebelah dengan kuih ketayap dan roti jala. Dibuat panas-panas mengikut tempahan anda. Air minuman siap Milo, Air Asam Girl, Mangga Susu, dan Buah Campuran, selain Air Katirah. Memang sedaplah hilangkan haus masa berbuka nanti kan.

Untuk tempahan, hubungi terus Holiday Inn Johor Bahru City Center ya, boleh rujuk poster di bawah. 



Holiday Inn Johor Bahru City Center turut menawarkan Pakej CSR untuk meraikan golongan asnaf sempena bulan Ramadan yang mulia nanti. Butirannya dalam poster di bawah.



 Kalau anda ingin lihat gambar-gambar seluruh hidangan Bufet Ramadan Holiday Inn Johor Bahru City Center, Anyaman Rasa Timur, boleh singgah ke Facebook Page Nota Afzani Tual.



Kalau suka video, bolehlah tonton YouTube.

Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

2 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post