Bufet Makan Malam St Giles Southkey 'Citarasa Warisan Johor'

Bufet Makan Malam ‘Citarasa Warisan Johor’ akan datang di St Giles akhir Mac ini | Nanti masa Ramadan, kalau nak shopping dan buka puasa setempat sebab nak jimat masa, boleh datang buka puasa di St Giles Southkey sebab hotel ini terletak betul-betul bercantum dengan Mid Valley Southkey. Balik kerja, pergi shopping, buka puasa, solat, sambung makan, sambung shopping lagi. Ha gitu.


Citarasa Warisan Johor, Bufet Makan Malam St Giles Southkey

Sesuai dengan lokasi hotel yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Johor Bahru, sesuailah tema ‘Citarasa Warisan Johor’ diketengahkan oleh St Giles Southkey sebagai tema bufet makan malam mereka bagi meraikan pelanggan-pelanggan yang berpuasa nanti. Pekerja-pekerja pejabat di sekitar bandar Johor Bahru boleh bertenang-tenang menunggu waktu buka puasa di St Giles South Key (baca: sambil shopping di Mid Valley) tanpa perlu tergesa-gesa pulang ke rumah dengan risiko terkandas di trafik bila waktu buka puasa sampai.

Kambing Golek Nasi Tomato St Giles Southkey

Kambing golek dia berdiri di atas nasi tomato. Saya tak dapat nak putuskan kambing atau nasi tomato tu yang lagi sedap. Nasi tomatonya warna merah gelap, berasa betul rempahnya. Kalau beratur sabar sikit, tunggu chef potongkan bahagian paha kambing tu, dapatlah bahagian yang ‘medium’ tu bak kata Orang Putih. Walaupun ada tiga jenis sos di samping kambing tu, saya boleh abaikan dan ratah begitu saja. Lembut. Juicy. Nikmat.


Kambing golek dan nasi tomato, selebriti utama dalam bufet makan malam ini.


Kari Kepala Ikan St Giles Southkey

Peminat kari kepala ikan, sila munculkan diri. Kalau habis ikan siakap di pasar-pasar Johor Bahru bulan puasa nanti, mungkin St Giles Southkey dah kaut semua sebab permintaan tinggi. Kuahnya pekat likat dan ikan siakapnya segar. Rempah cukup rasa, siap halba, memang terangkat rasa kari kepala ikan ni. Sebab kari kepala ikan inilah saya makan nasi banyak tempoh hari masa preview bufet ini.


Kari kepala ikan siakap



Sup Kambing Berempah & Bubur Lambuk

Sup kambing berempah di Bufet Makan Malam 'Citarasa Warisan Johor' ini memang padu! Kuah sup pekat likat dengan rasa rempah teradun sebati. Daging kambingnya lembut dan sedap betul dikunyah. Saya mula-mula hirup begitu saja. Tak boleh jadi. Mesti makan dengan nasi. Bila digaul dengan nasi panas-panas tu, baru lengkap nikmatnya tu. Roti pun ada untuk mereka yang jenis lebih suka mencicah.

Bubur lambuk campuran daging dan ayam ini memang terbaik dijadikan pembuka selera bila azan Maghrib berkumandang nanti. Panas-panas, sedap di lidah, bahagia di tekak, selesa di perut yang kosong seharian berpuasa.

Bubur lambuk dan sup kambing berempah.


Asam Pedas Ikan Tenggiri

Saya secara peribadi bukanlah peminat ikan tenggiri. Tapi saya suka betul dengan kuah asam pedas yang dipekatkan dengan bendi. Lagi-lagi bila masam, masin dan manisnya seimbang dalam setiap hirupan. Jadi semasa di preview ini, saya makan asam pedas ini dengan nasi panas. Sedap.

Asam pedas ikan tenggiri.


Apa lagi yang menarik dalam Bufet Makan Malam ‘Citarasa Warisan Johor’ St Giles Southkey

Mihun goreng. Saya boleh dengar suara hati anda yang tak puas hati, ‘mihun goreng je pun’. Percayalah kata saya bahawa mihun goreng ala Singapura ni telah berjaya menambat mata, tekak dan hati saya. Mungkin anda juga akan terhasut dan tertambat. It’s a gem in it’s simplicity. Saya nampak mihun goreng ini ditambah hidangannya ya, maksudnya ada ramai peminatnya selain saya.


Mihun goreng.



Udang, kupang dan kepah segar (seafood on ice) yang segar betul dalam preview bufet makan malam hari tu. Merah-merah udangnya dan padat rangup isi udang tu. Sanggup manusia alergi udang ini merisikokan diri demi merasa udang yang nampak sangat memanggil tu.


Udang, sebahagian daripada seafood on ice.



Selain makanan, kami juga dihiburkan dengan persembahan angklung sepanjang bufet makan malam tersebut. Seronok juga main teka-teka lagu sebab persembahan angklung tiada lirik kan. Unik betul bila lagu rock kapak dan lagu-lagu viral TikTok pun dimainkan dengan angklung.


Untuk tempahan dan pertanyaan tentang Bufet Makan Malam ‘Citarasa Warisan Johor’ St Giles Southkey ini

Sila hubungi 0123099762 atau emel kepada fnb.skjb@stgiles-hotels.com.


Bufet Makan Malam Citarasa Warisan Johor akan berlangsung dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Anda boleh dapatkannya pada harga RM188 bagi dewasa manakala kanak-kanak, RM94. Semua harga adalah muktamad.


Tempah menjelang 13 Mac 2023 untuk dapatkan diskaun 20%. Tambahan 15% diskaun untuk tempahan minimum 10 orang dalam satu transaksi. Tambahan lagi 10% diskaun bagi pengguna Kad Debit atau Kredit Maybank.


Lagi gambar

Lihat lebih banyak foto Bufet Makan Malam 'Citarasa Warisan Johor' St Giles Southkey di sini:

Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post