Buffet Ramadhan Holiday Inn Johor Bahru City Center

'Bufet Selera Warisan' di Holiday Inn Johor Bahru City Center sempena Ramadan 2022


Melangkah saja keluar dari lif di Holiday Inn Johor Bahru City Center hari kejadian tu, hidung dah terbau kambing golek. Nasib baik masih belum puasa masa tu. Dah nama pun preview kan. Selamat iman aku.

Belok je menghampiri kafe Dine @ 8 tu, dah nampak deretan air minuman sejuk dalam balang. Wah, gaya bazar nampaknya buffet Ramadan di Holiday Inn Johor Bahru City Center kali ni. Air sirap bandung! Barulah iftar Ramadan.


Antara yang menarik dalam bufet Selera Kampung Holiday Inn Express Hotel & Suite ini adalah Kambing Golek Warisan dengan 33 jenis rempah, Aneka Sup Tanjung, Asam Pedas Ekor, Bubur Lambuk, Ketam Bakar dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh memilih dari live stations yang menampilkan Medan Bakar, Warung Malam dan Lok Lok untuk menikmati juadah dari semua negeri dalam Malaysia di satu tempat bufet ini.



Antara live station yang ada dalam bufet Ramadan 'Selera Warisan' Holiday Inn Johor Bahru City Center adalah murtabak, aneka sup, bakar-bakar, air batu campur, goreng-goreng dan popia Vietnam.



Saya sendiri sangat suka dalam bufet ini pilihan kuih-muih tradisional, pencuci mulut, manisan dan pelbagai kek, puding, biskut dan tat yang banyak. Kuih kegemaran saya semua yang warna hijau dalam gambar ni.




Utuk lihat semua gambar menu dari preview bufet 'Selera Warisan' Holiday Inn Johor Bahru City Center, silalah jengah Facebook page saya:


Untuk info yang terkini dan tepat, pastikan anda Like dan Follow page Facebook dan Instagram Holiday Inn Johor Bahru City Center.



Bufet Makan Malam SELERA WARISAN

7 April hingga 1 May 2022
6.30 petang hingga 10 malam
RM158.00 nett seorang (Beli 5 percuma 1)
RM128.00 nett untuk warga emas (60 tahun ke atas)
RM78.00 nett untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.

Untuk tempahan, hubungi 072078888 atau WhatsApp +601151122168
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

1 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. Semua sedapsedap kan Ajan makan sini, macam nak repeat pi laaaaa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post