Holiday Inn Express Johor Bahru melancarkan 'Bufet Selera Kampung' sempena Ramadhan dalam pembukaan rasminya pada 24 Mac 2022.
Majlis Pembukaan Rasmi Holiday Inn Hotel & Suites Johor Bahru
Majlis pembukaan rasmi Holiday Inn Express Hotel & Suites Johor Bahru |
Tahniah, Holiday Inn Express Hotel & Suites, sempena pembukaan rasminya pada 24 Mac 2022 yang lalu. Majlis perasmian tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato' Mohd Noorazam bin Dato' Hj Osman. Bertambah cerialah Jalan Syed Mohammed Mufti dengan kehadiran keluarga baru di kawasan bandar dan bangunan pejabat-pejabat kerajaan itu.
Lokasi yang berdekatan dengan Kuarters Kastam & Imigresen, tiga pasaraya ternama yang besar dan pelbagai tempat makan-makan di tengah bandar Johor Bahru menjadikan Holiday Inn Express Hotel & Suites bakal menjadi pilihan ramai orang yang bertandang ke Johor Bahru. Selain itu, antara keunikan Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru juga adalah semua tempahan bilik mesti termasuk sarapan pagi. Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru juga menjangkakan tetamu yang tinggal jangka panjang dengan penyediaan kemudahan gimnasium dan dobi layan diri dalam hotel sendiri.
Datuk Bandar Johor Bahru merasmikan Holiday Inn Express Hotel & Suites Johor Bahru |
Bufet Selera Kampung sempena Ramadan 2022
Sempena pembukaan rasmi tersebut, Holiday Inn Express Hotel & Suite turut melancarkan bufet makan malam 'Selera Kampung' sempena Ramadan ini yang akan berlangsung setiap hari dari 6.30 petang hingga 10 malam sehingga 1 Mei 2022 nanti.
Kambing Golek Warisan dengan 33 jenis rempah |
Kambing Golek dimakan dengan nasi beriyani dengan papadom pasti menambah selera.
Asam pedas 3 pilihan |
Apa yang unik di bufet Selera Kampung Holiday Inn Express Hotel & Suites kali ini adalah asam pedas yang berasaskan kupang, sotong dan daging. Penggemar asam pedas yang sukakan kelainan mesti tertambat sebab ini.
Laksa Johor dalam bufet Selera Kampung |
Laksa Johor di Holiday Inn Hotel & Suites ini memang bukan asing bagi saya. Pernah makan waktu sarapan pada stay yang lepas. Sebagai orang yang bukan hantu laksa, saya rasa Laksa Johor ni dah berjaya menambat hati dan tekak saya.
Sate daging dan sate ayam |
Sate turut menjadi tarikan dalam bufet Selera Kampung. Tak lengkap bufet iftar Ramadan tanpa sate kan? Sate daging dan kambing siap bawang, timun, ketupat nasi dan kuah kacangnya menyempurkan bufet ini.
Mi goreng kawah |
Sebagai penggemar mi goreng tegar, mi goreng kawah di bufet Selera Kampung Holiday Inn Hotel & Suites ini siang-siang sudah menambat mata saya. Udang dah siap kopek gais!
Untuk lihat lebih banyak preview menu bufet Selera Kampung, sila jengah page Facebook saya
Bufet Makan Malam SELERA KAMPUNG
5 April hingga 1 May 2022
6.30 petang hingga 10 malam
RM88.00 nett seorang
RM48.00 nett untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun
Beli 10 percuma 1
Untuk tempahan, hubungi 072183333 atau WhatsApp https://wa.link/bufetselerakampungtablebooking
sedapnya...bila nak makan sini niiii
ReplyDelete