Siti Murni binti Amat Khalid
1986 - 2019
Aku tak percaya aku perlu tulis ini sekarang. Semalam pukul 6 petang, Mak aku telefon, terdengar cemas, "Akak dah dapat berita?" Bila dapat perkhabaran, yang terkeluar dari mulut aku hanya, "Inna lillahi wa inna ilai rajiun. Astaghfirullah. Subhanallah. Masyaallah.
Yonie, sejak semalam aku terngiang-ngiang perbualan terakhir kita. Sejak semalam aku terbaca-baca mesej terakhir kita. Dan aku teringat-ingat janji kita jumpa di JB pagi ini. Sesungguhnya perancangan Allah Ya Waliyy melangkau pemikiran kita.
Aku tulis ini untuk ingat momen-momen terakhir kita.
Isnin itu, kita keluar makan waktu petang. Kau nak ajak Pae sekali. Beberapa kali kau sebut nama Pae. Kata kau, Pae ada sebut nak pergi Ujana. Tapi bila telefon, akhirnya, Pae ada kerja. Jadi kita makan berdua.
Kau cakap kau nak makan nasi goreng udang kolam ikan Sibol. Aku layankan. Kau minum ais limau. Aku minum kopi O ais. Kita bual tentang perancangan kerjaya, jodoh, kereta, lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup dan orang-orang tua kita yang makin meningkat usia.
Perbualan biasa. Macam dua orang kawan lama yang lepak minum. Tiada langsung yang luar biasa di mata aku. Aku paling ingat, masa bayar aku beri RM2, kau nak bagi baki 50 sen. Aku cakap, "Ah, tak payahlah. Aku habiskan nasi kau tadi." Kami gelak-gelak.
Sebelum kau turun kereta aku bila sampai rumah, kau cakap lagi "Terima kasih belanja 50 sen" sambil kita gelak-gelak lagi. Aku jawab, "Kita jumpa Jumaat insyaAllah." 'Dengan izin Allah' aku sebut. Rupa-rupanya memang Allah tak izin, Yonie. Khamis, kau dah pergi.
Rabu pagi, aku mesej kau lagi. Kau ada cerita yang kau akan ke Gunung Belumut dua hari. Kau balas mesej aku dan beritahu 'line' tak bagus, mesej keluar masuk lambat. Ayat terakhir aku, "Enjoy you camp!" Kau balas, "Haha ok." Pun perbualan biasa.
Allah sedang ingatkan aku, umur kita bukan milik kita, nyawa kita bukan milik kita. Allah boleh ambil hak-Nya bila-bila masa.
Aku mimpi dua kali hujung minggu lepas. Kau rupanya yang Allah pilih.
Semoga momen-momen yang kita habiskan bersama itu Allah pandang sebagai pahala menyambung silaturrahim, Yonie. I'm so glad you asked me to hang out often.
Orang baik memang Allah sayang, jadi Dia ambil dulu kesayangan-Nya. Allahumma ghfirlahi warhamhi wa'afihi wa'fu'anhi. Damailah engkau di alam sana, Yonie.

Gambar terakhir kami. |
Tags:
Musing