Aku hadap SPM seluruhnya dalam bulan puasa. Ingat lagi masa tu feeling dengar lagu raya lepas terawih sambil baring atas katil. Masa tu dah paper yang akhir-akhir. Kongsi earphone seorang sebelah. Empat orang dua walkman. (Anak-anak zaman sekarang, sila Google apa itu walkman.)
.
Jalan kaki pergi bazar Ramadan dari maktab sampai pekan dalam sekilometer. Gigih. Padahal lauk dewan makan bukan main sedapnya. Lauk bazar habis. Makanan dewan makan pun selesai. Malam lepas terawih, roti sebuku makan 4 orang dengan Nutella, pun tamat riwayat. Dari geng 4 orang, aku seorang saja orang Kulai, lagi 3 orang Muar. Jadi, hampir setiap hari dapat bekalan makan buka lagi. Dasar tembolok besar! Zaman muda, metabolisme tinggi, tak gemuk. (Ceh, salahkan metabolisme, kahkah!)
.
Masa itu, antara dua kertas yang jaraknya hampir seminggu, seorang kawan kehilangan orang tuanya. Kami jauhkan diri sebab kami ingat dia nak bersendirian. Ya Allah, rupanya dia lagi sedih sebab kami tak temankan dia dalam kesedihan! Sampai sekarang aku rasa bersalah. Masa tu naif sangat. Teh, aku minta maaf.
.
Kertas Matematik Tambahan kertas paling susah. Petang tu lepas habis, aku solat Asar sambil menangis-nangis. Kemudian telefon Emak dengan kadfon RM20 habis buat meraung. Mak sampai dah habis kata-kata. Dia dengarkan je aku mengongoi. Kawan-kawan yang lalu tepi aku kat telefon tu pun pandang je. Aneh benar tengok aku si garang ni menangis. Aku ingat Mak ulang-ulang "Dah la, kak. Tak apa la, kak." Kasihan Mak kena tadah telinga. I hope I made you proud, Mak.
Ketika itu, SPM adalah perkara paling susah dalam hidup aku. Ketika ini, kertas Matematik Tambahan SPM mungkin dugaan paling susah dalam hidup awak, adik. Kakak faham. Tak apa. Teruskan hidup. Ya, susah. Just don't let it define you.
.
.
.
Ajan
SPM 2003
MRSM Muar
P/s: Tak payah la kira umur aku.