Cabaran 15 Minit

Apa yang boleh berlaku dalam 15 minit? Banyak. Kebarangkaliannya tak terhingga. Infiniti.

Tahukah anda yang dalam 15 minit, kita boleh selesai:
+ Baca seluruh Surah al-Kahfi.
+ Baca kedua-dua Surah Al-Mulk dan Al-Waqiah.
+ Baca seluruh al-Makthurat sughra, lengkap dengan ulangan tiga kali untuk dapatkan fadhilat zikir-zikir tersebut.
+ 1000 kali istighfar

.
.
.

Kebanyakan masanya, saya memandu dalam senyap bila bersendirian. Tak suka radio. Tak mahu bunyi-bunyi. Sekadar melayan kebisingan dalam otak. Suatu hari, saya terfikir, alangkah bagusnya kalau saya hafaz ayat dan surah sekian-sekian, saya boleh isi masa ini.

Kemudian baru saya teringat pesan salah seorang mentor saya, "Bagaimana mahu penuhkan sehari dengan zikrullah? Lakukan sambil bekerja. Menyambil." Nampak tak guru dah ajar selama ni, sendiri tak amalkan. Padan muka kau nak! Banyak dah rugi pahala.

Jadi pada suatu hari remang-remang senja, hujan renyai-renyai itu, saya menanam azam dalam diam sambil memandu: Aku mesti hafaz surah dan zikir kegemaran aku.

.
.
.

Saya kongsikan cara saya hafaz. Masa sekolah agama dulu, saya pernah masuk pertandingan hafazan. Inilah cara yang Cikgu Ummi ajar (Terima kasih, Cikgu Ummi. Lama tak jumpa). Cikgu Ummi adalah guru kelas sekolah agama saya, merangkap cikgu mengaji saya.

Tip hafaz:
1. Hafaz dari mushaf yang sama. Dengar dari rakaman yang sama. Ini menjadi untuk saya sebab spatial intelligence dan musical intelligence adalah daya belajar saya yang paling tinggi (Howard Gardner's Multiple Intelligence Theory). Saya akan ingat visual mukasurat al-Quran yang saya sedang hafaz dan suara qari/imam yang membaca bahagian tersebut. Kajian menunjukkan dua intelligence ini duduk di tangga teratas untuk kebanyakan orang.

2. Hafaz 5 ayat atau 10 ayat sekaligus, bergantung kepada kepanjangan ayat. Contohnya, Surah al-Waqiah ayatnya pendek-pendek, jadi boleh hafaz sepuluh-sepuluh; Surah as-Sajdah pula ayatnya panjang-panjang, jadi hafazlah lima-lima.

3. Tasmik. Bahagian ini penting. Dapatkan rakan yang elok bacaannya untuk menyemak bacaan anda. Kadangkala kita dah sedap baca ikut kebiasaan kita, ayat boleh jadi terpesong. Dan kita tak sedar pun bila masa terpesongnya tu. Lebih-lebih lagi kita yang tak faham Bahasa Arab ini. Elok ada guru yang semak bacaan, di samping boleh memperbaiki tajwid kita.

.
.
.

Saya cabar anda. Curi 15 minit dari aktiviti harian anda - memandu, memasak, tunggu anak balik sekolah dan banyak lagi.

Saya bukan sempurna. Banyak lagi ayat yang saya ingin ada di dada. Doakan saya, kawan-kawan. Sambil tu, kalau ada tip menghafaz yang lain, share la kat saya kat ruang komen tu ya.

Saya harap sedikit ilmu ni bermanfaat untuk anda. Dan semoga bermanfaat untuk rakan-rakan anda juga, jemputlah SHARE.




Mencari cinta di celah ayat-ayat cinta,
Ajan
0137032735

#deathbydesign #thechroniclesofachronicoverthinker
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post