Pernah nampak orang letak dalam status Facebook:
Kadang-kadang, aku nampak jalan penyelesaian pada masa itu juga. Kadang-kadang, masalah tak selesai, tapi aku belajar satu falsafah penting daripada perkara itu. Kadang-kadang juga, masalah tak selesai, tapi hati aku tenang tak tergambarkan.
Pada sesetengah masa, aku niatkan satu pertanyaan dalam hati, yakinkan diri bahawa DIA tahu jawapan yang terbaik untuk segalanya, dan selak mana-mana muka dari al-Quran. SubhanALLAH. Selalunya, magis yang hebat akan berlaku. Jauh, jauh lebih hebat dari filem Now You See Me.
Semua orang ada cara masing-masing untuk hilangkan rasa tak selesa - makan coklat, minum susu, tidur, tonton komedi, makan banyak, makan aiskrim. Tapi selalunya, bila berlaku pada kebanyakan orang, perasaan tu menghimpit terlalu kuat, atau terlalu lama, mereka lupa teknik-teknik asas untuk hilangkan rasa-rasa tersebut. Mereka hanyut dan akhirnya kalah dengan emosi.
Contoh lain daripada filem Three Idiots, Rancho ajar sebut 'aal iz well' kalau susah hati.
Katanya, "Masalah tak selesai. Tapi cara ini menguatkan ketabahan hati kita untuk terus hidup."
Kadang-kadang aku buat juga cara Rancho bila hati rasa pedih. Mungkin jantung kita boleh rasa kehadiran tangan kita bila kita lekapkan di dada, lalu ia boleh bertenang sebab berteman. Entahlah...
Tapi akhirnya, aku selalu ingatkan diri, aku orang Islam, aku mengaku percaya pada DIA. Maka, selayaknya, kepada DIAlah aku mesti kembali.
"...hasbun ALLAHi wa ni'mal wakil."
Day 1 of blogging, restarted
"Kalau engkau ingin bercakap dengan Allah, solatlah.Selalu kalau aku rasa tidak 'selesa', aku cuba cari jalan untuk solat sunat sekejap. Perasaan tidak selesa ada banyak - sedih, marah, kecewa, takut, sakit, patah hati, gementar, dan macam-macam lagi.
Kalau ingin Allah 'bercakap' dengan kamu, bacalah al-Quran."