Selama ini, aku bersembunyi. Bersembunyi dalam kesibukan. Bersembunyi dalam aktiviti-aktiviti masa lapang, merata-rata ke pelbagai daerah dan negeri. Bersembunyi bukan kerana takut. Bersembunyi sebab tidak mahu sesetengah hati terluka.
Namun, sejurus pengumuman PRU-13 yang lepas, aku buat keputusan tegar. 'Sekaranglah masa untuk berhenti bersembunyi.' Buat keputusan itu mudah. Lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang sudah lama berlarutan - aku sudah selesa dengan persembunyianku. Tapi kali ini aku mahu lebih. Aku mahu restu seorang ibu yang kupanggil 'Emak'. Kali ini aku berhenti bersembunyi.
"Mak, akak nak kerja kat bilik gerakan PRU."
Dia duduk membelakangkan aku ketika itu, menghadap komputernya, menyelesaikan kerja pejabat yang tak surut-surut. Dia diam. Tidak seperti kebanyakan ibu yang berleter bila marah, dia selalunya diam.
Diam itu jauh lebih menyakitkan daripada kata-kata. Inilah antara pelajaran hidup penting yang aku belajar langsung daripadanya - Bila emosi mencanak, mulut mesti dikatup rapat. Tangguhkan isi kepala. Tangguhkan segala kata-kata. Tangguhkan segala reaksi.
Aku nampak tangannya menggeletar. Malah aku lihat bahunya menggeletar. Mungkin menahan marah. Mungkin kecewa. Mungkin sedih. Mungkin emosi yang dia sendiri tidak dapat namakan.
Aku terus berhujah. Dia terus diam, langsung tidak menoleh aku. Aku tidak tahu berapa lama masa berlalu. Aku lihat dia menangis. Aku kehilangan kata-kata. Akhirnya, aku sentuh bahunya, dan berlalu keluar dari bilik itu.
Malam itu aku tidak tidur. Kata-kataku tidak boleh ditarik balik. Namun, aku puas hati aku berjaya melaksanakan apa yang aku putuskan bulat-bulat.
Esok paginya, aku dengar dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Emosiku terlalu bercampur-baur sampai aku tidak melambainya pergi pagi itu, tidak seperti kebiasaanya, bila hari itu aku akan pulang ke JB.
Hujung minggu seterusnya, aku pulang lagi. Dia cuma bertanya satu soalan:
"Mereka bagi gaji tak?"
Aku jawab, "Ya".
Dia memesan aku supaya berhati-hati.
Segala situasi buruk yang aku bayangkan ketika membuat keputusan dan merangka-rangka ayat untuk berterus-terang, semuanya tidak berlaku. Satu saja silap aku: Aku telah memandang rendah kasih sayang seorang ibu!

Pagoh, 20 April 2013: Hari Penamaan Calon (aku tukang ambil gambar)