Semalam ke Dataran Bandaraya JB. Cantik menara jam itu. Tetamu kehormat Dr Zakir Naik. Janji pukul lapan. menanti sampai sembilan empat puluh lima.
Sampai masa yang dijanjikan, walau majlis belum berakhir, kami beransur. Berjalan ke kereta.
Oh, JLG itu! Oh, WHK itu! Sampai hati menghalang jalan. Kami pun berkelah. Di tepi jalan. Duduk di tempat pejalan kaki.
Geram. Kami tinggalkan nota cinta di cermin kereta itu. "Terima kasih sebab tolong halang jalan" bunyinya.
Sekejap kami ke gerai steam boat di hujung tepi sana. Sedap. Murah.
Sekilas, terdengar orang bertakbir: ALLAHuakbar! ALLAHuakbar! ALLAHuakbar. Terpana.
Kemudian, kami dapat tahu. Seorang saudara baru megucap syahadah. Di dataran itu. Hati sebak.
MasyaALLAH. Hidayah memang milik kamu.
Teringat kata seorang rakan yang dihormati: ALLAH cuma mengiktiraf manusia ada dua golongan - beriman atau tak beriman. Tiada warna kulit. Tiada bangsa. Tiada bahasa. Tiada suku kaum.
Usai makan, kami kembali berkelah. JLG sudah tiada. Kami berkelah dalam kereta. Menghirup udara malam. Dalam kegelapan. Di bawah pohon tua yang rimbun, entah apa namanya. Bintang tidak kelihatan. Iri hati dengan spotlight barangkali.
Perkelahan kami berakhir bila pemilik kereta kancil itu mengundurkan keretanya.
Semua sesi perkelahan itu - penantian, panas, nyamuk, gelap, lapar, marah - berbaloi kerana satu lafaz syahadah itu. AlhamdulILLAH.