Semalam semasa aku sedang berurusan dengan staf di kaunter pejabat, ada dua orang makcik datang ke kaunter, bertanya pada staf tersebut, "Dik, minta maaf mengganggu. Makcik tumpang tanya. Di sini ada kerja kosong tukang cuci tak?
Staf: Tak ada, makcik. Bangunan ini diselenggara bawah satu kontrak. Kami tak ambil tukang cuci
sendiri. Maaflah.
Makcik: Oh, tak apa. Kami tanya saja. Terima kasih ya.
Setelah dua makcik itu berlalu, staf itu berkata padaku, "Kasihannya. Cari kerja." Aku cuma tersenyum.
Aku terserempak dengan dua orang makcik itu sekali lagi di lif. Perbualan kami cuma singkat. Terlampau singkat, malahan. Sebabnya, mereka turun di tingkat seterusnya (kelihatannya mereka tidak faham maksud staf tadi dan cuba mencari kerja dari tingkat ke tingkat). Aku cuma sempat bertanya mereka datang dari mana.
Namun, sebelum mereka meninggalkan aku di dalam lif itu, mereka sempat melambai-lambai padaku sambil tersenyum mesra. Salah seorang makcik itu malah berkata "Bye bye" kepadaku. Hati aku digaru-garu keraguan bila teringat komentar "Kasihan" staf pejabat tadi.
Aku lihat mereka gembira. Malah, makcik-makcik itu berpakaian kemas dan mengenakan solekan di wajah mereka. Aku tidak rasa mereka kasihan. Malah aku kagum dengan mereka. Mereka berani meneruskan hidup dengan apa yang mereka mampu lakukan - menjadi tukang cuci. Mereka bersemangat mencari rezeki yang halal. Mereka yakin diri sehingga sanggup pergi dari pejabat ke pejabat mencari kerja. Mereka seolah-olah berkata dengan bahasa badan mereka, "Kami cari rezeki halal. Apa nak malukan?!"
Aku teringat, satu hari, lama dulu, waktu aku duduk makan tengah hari bersendirian dalam KFC di Pusat Konvensyen di JB. Ada seorang lelaki Cina dalam lingkungan umur 40-an datang ke KFC dan mengutip kertas-kertas bekas makanan dan minuman di meja-meja KFC. 'Wah, senang hati pekerja KFC. Kurang sedikit kerja mereka', desus hatiku. Aku memerhatikan pakcik itu yang terus mengutip, malah kadang-kadang minum sisa air yang tidak habis dalam cawan kertas, sebelum memasukkannya ke dalam beg kantung yang digalasnya.
Sedang aku leka memerhatikannya sambil mengunyah ayam (yang sedap lagi berlemak itu), tiba-tiba dia menoleh ke arahku. Aku gelabah dan cepat-cepat mengalih pandangan ke arah lain, bimbang dia kecil hati aku memerhatikannya. Tapi, sejenak sahaja, aku menoleh kembali. MasyaALLAH! Aku terkesima. Dia memberikan senyuman yang paling manis untukku! Sebelah tangannya masih memegang satu cawan kertas. Senyuman yang sangat manis, lama sekali, dan tidak syak memang dihadiahkan istimewa untukku. Aku tidak mungkin untuk tidak membalas senyuman itu. Lalu, aku berhenti mengunyah dan membalas senyumannya.
Kami bertukar-tukar senyuman beberapa kali sehingga aku selesai makan. Pekerja-pekerja KFC itu tidak mempedulikannya, mungkin sudah biasa dengan kehadirannya. Sebelum dia berlalu, kebetulan hampir sama dengan waktu aku usai makan, dia malah melambaikan tangan padaku, membuatkan hatiku tersentap, 'Betulkah aku patut kasihan padanya? Barangkali dia jauh lebih bahagia daripadaku.'
Aku berpandangan, orang-orang seperti inilah yang patut dibantu. Sebab aku percaya, nanti bila mereka hidup senang, cahaya kebahagiaan dan kegembiraan yang mereka ada itu akan bertambah terang. Malah akan menyinari orang-orang yang hidup susah sama seperti hidup mereka sebelumnya lalu menginspirasi mereka untuk hidup bahagia.