Bunyi kipas menderu-deru dari sebelah kiriku. Cuaca agak panas hari ini, jadi aku meletakkan pusingan maksimum pada kipas itu.
Mulan mengibas-ngibas telinganya dalam tidur di atas alang tingkap itu. Ada lalat barangkali. Sekali-sekala berdengkur si budak berbulu oren itu. Selesa tidur lepas dimandikan.
Ada jiran menderam-deramkan kereta, mungkin kerana sukar dihidupkan enjinnya atau sudah berhari-hari tidak dipandu.
Bunyi air menitik-nitik keluar dari paip luar, bersebelahan saja dengan tingkap bilik kerjaku. Nampaknya teman serumahku tak tutup pili dengan ketat lagi.
Jam enam. Senja makin menggamit. Burung-burung mula pulang ke pokok kelapa depan rumah. Kedengaran suara mereka sekeluarga mendecit-decit. Disahut pula burung lain dari rumah kosong di seberang jalan. Mungkin ibu-ibu burung yang berbual bertanyakan rezeki masing-masing hari ini.
Kedengaran loceng Ah Boy, kucing jiran sebelah yang sudah mula berkawan dengan Mulan. Bermain sampai jauh malam, Mulan sudah tak kisah balik. Sedihnya setiap kali terdengar loceng Ah Boy sebab aku akan teringat Cici.
Tuan Ah Boy sedang bercakap dengan telefon di halaman rumah, sambil menyiram pokok-pokoknya. Suaranya agak tinggi. Sepatah pun aku tak faham. Mandarin.
Jiran sebelah kiriku pula sudah keluar entah ke mana sejak semalam. Langsung tak kedengara bunyi suara atau bunyi dari dapur mereka atau bunyi televisyen.
Ada bunyi radio yang agak kuat dari kejauhan. Entah dari arah mana.
Pakcik Cina tuan Ah Boy usai menyiram pokok bunga. Sudah tidak kedengaran bunyi air pancur dan kedengaran pula bunyi pintu pagar ditarik dan ditutup. Kemudian, pintu rumahnya pula.
Yang tinggal kini, bunyi ketak-ketak papan kekunciku. Sebentar lagi aku akan membuat bising di dapur pula. Masa untuk siapkan makan malam.
Terima kasih, Ya Allah, atas anugerah pendengaran ini.

Ini bukan telingaku