Aku hairan dengan manusia-manusia yang mengatakan orang lain SALAH dengan mudahnya?
Menonton berita di televisyen, lalu menentukan pihak ini BENAR dan pihak itu SALAH. Percaya benar mereka dengan sumber sekunder itu, sedangkan mereka tidak mengenali secara peribadi pun pihak-pihak yang terlibat. Lupakah mereka pada berita seorang lelaki yang kononnya meninggalkan emaknya di hotel sedangkan rupa-rupanya dia cuma pergi ke temuduga dan meninggalkan emaknya sebentar kerana emaknya takut keseorangan di rumah?
Ibu bapa yang mendesak anak-anaknya berbuat itu ini kerana itu jalan hidup yang BENAR. Tak beri peluang untuk anak-anak mencuba sesuatu yang lain yang diminati mereka. "Ikut kata guru!," pesan mereka. Lupakah mereka pada Bill Gates dan Steve Jobs yang berhenti belajar?
Sesetengah orang dewasa yang memandang rendah pada orang-orang yang lebih muda dari mereka. Bila bertemu, banyak mengisahkan pengalaman mereka. Bercakap itu, berkata ini, seolah-olah semua yang dikatakan itu BENAR belaka. "Oh, kamu masih budak-budak lagi,"kata mereka pada si muda. Lalu si muda berdiam diri sahaja, mengambil pandangan 'mendengar lebih baik dari berkata-kata'. Lupakah mereka pada Charles Dicken yang menulis novel Pickwick Papers pada usia 24 tahun? Popularnya novel itu menjadi bukti ramai orang 'mendengar suara' anak muda itu.
Tidak bolehkah mereka terima bahawa dalam kebanyakan perkara, tiada satu garis panduan yang jelas antara BENAR dan SALAH?
Kopi penuh dampai ke bibir cawan atau kopi 4/5 penuh supaya tidak tumpah? Dua-dua mungkin BENAR.
Tulisan jejak atas garisan atau tulisan yang terapung dari garisan buku tulis lebih kemas? Dua-dua mungkin BENAR.
Negara Timur lebih baik atau negara Barat lebih baik? Dua-dua mungkin BENAR.
Kadang-kadang bila orang bercakap banyak sangat tentang pandangan peribadi mereka yang BENAR belaka, aku keliru mereka sedang berkata benar atau melawak sebenarnya.