Kisah 1
Emak: Abang, basuh kereta.
Abang: Adik, kau basuh kereta, dik.
Adik: Kak, mak suruh basuh kereta.
Kakak: Mak, tolong basuhkan kereta, mak. Hehehe...
Mak: (menahan sabar)
Kisah 2
Abang: Kak, aku lapar la. Masak, kak.
Kakak: Adik, abang lapar. Pergi masak. Nasi goreng sehelai!
Adik: Siap!
(beberapa saat kemudian)
Adik: Godzilla, kau pergilah masak sendiri.
Kisah 3
Abang baru balik dari kerja. Adik baru balik dari asrama.
Abang: Adiiiiiiiiii.....iiiiiik......! (dengan gaya dan muka super manja lagi gedik)
Adik: Diam la kau, Godzilla! Geli aku!
Kakak: (gelak sakan)
Abang: A...diiiiiiiiiiiiiiiiiiii...iiiiiik.....! (dengan gaya ekstra gedik)
Adik: Diam! Diam! Diam!
Kakak: (gelak guling-guling)
Kisah 4
Emak: Kak, 'storm' Bahasa Melayu apa?
Kakak: (selepas lebih kurang seminit) Eh, apa ye? Entahlah.
Abang: Ribut.
Kakak: (muka kagum) Eh, pandainya! Adik siapa la ni?
Abang: (menjeling ala-ala karakter kartun Pedang Setiawan) Kau apa hal, kak? Dah lama hidup?
Adik: (gelak sakan)
Kisah 5
Adik: Abang, selamat hari jadi !!! Belanja Marrybrown?
Abang: (sengih panjang sambil buka dompet lalu menghulur duit) Nah! Kau pergilah dengan akak.
Adik: Hek eleh!
Kakak: Kau ni tak romantik langsung la, bang. (mencemik)

Ketinggian tidak mencerminkan susunan umur. Harap maklum.
Mak pesan: Nanti kalau mak dan abah dah tiada, kamu tinggal tiga orang je. Tiga orang ni jangan sesekali lupakan satu sama lain.

Aku suka semua kisah!!! and.. baca ayat last.. sob sob sob..
ReplyDelete=)
Delete