Antara Mahu dan Suka

Hidup penuh dengan kebarangkalian tak terjangka. Kadang-kadang bila kita merancang hidup kita dengan perkara-perkara yang kita mahu lakukan, akhirnya keadaan tak mengizinkan kita melakukan perkara-perkara tersebut. Kadang-kadang kita sukakan sesuatu perkara, tapi ternyata perkara tersebut tak sesuai kita lakukan. kadang-kadang kita memasang impian tinggi sesuai dengan kemahuan dan kesukaan kita, tapi masa dan sumber masih belum mengizinkan kita melaksanakan impian tersebut.

Ideanya adalah jangan berhenti merancang, menyukai dan menganyam impian tersebut.
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

Saya telah melatih diri saya untuk mendalami suatu bidang yang saya sukai. Saya terokai melalui pembacaan, seminar dan pergaulan saya dengan orang ramai. Namun, keadaan akhirnya menjuruskan saya kepada satu bidang yang saya tak sangka-sangka dan tak pernah impikan jadi pekerjaan saya. Seorang kawan pernah bertanyakan soalan yang menusuk kalbu,
"Inikah yang engkau benar-benar mahukan?"
Lama juga saya terpana.

'Inikah yang aku mahukan?'
Bukan. Namun, gol jangka pendek ini selari dengan gol jangka panjang saya. Walaupun bidang ini bukan bidang yang pernah saya impikan, bidang ini menyumbang besar kepada gol jangka panjang saya.

Kemudian ada rakan yang lain bertanya,
"Is this truly your passion?"
Saya terfikir bahawa mungkin ini bukan passion saya. Namun, inilah yang saya perlu lakukan sekarang. Inilah yang saya MAHU lakukan sekarang. Passion akan muncul di tengah-tengah perjalanan nanti. Saya percaya rasa SUKA boleh disemai nanti.

Perkara terpenting saya belajar setakat ini dari pengalaman yang tak seberapa ini adalah:
Perancangan hidup yang teliti memang diperlukan. Dalam masa yang sama, saya perlu bersikap anjal dan terbuka mengambil peluang-peluang yang ada selagi saya masih dalam jalan menuju target hidup saya. Saya percaya banyak jalan yang boleh membawa saya menuju ke destinasi itu - saya cuma perlu buat pilihan terbaik.

Lagipun, jika semua yang kita rancang menjadi nyata, hilanglah warna-warni hidup yang mengajar kita erti dunia sebenar. Saya mengingatkan diri bahawa dalam usia saya sekarang, hidup saya terlalu kaya dengan kebarangkalian.

Expect the unexpected.

Hidup bukan semudah persamaan Matematik. Mungkin saya akan hidup lebih lama untuk menyedari hakikat seperti John Nash dalam The Beautiful Mind:

"It is only in the equations of love that all logical reasons can be found."

La hawla wa la quwata illa billah.
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

1 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. kita merancang, Allah juga merancang...dan segala yang baik itu dari DIA...kadang2 kita terpesong sedikit dari jalan yang kita nak, tapi mungkin jalan yang Allah bagi tu adalah laluan yang terbaik untuk kita capai ape yang kita nak kan?

    *pernah terdetik masa mula2 amek master dulu kata2 kat atas ni*

    ReplyDelete
Previous Post Next Post