A: Hujung minggu ni kau lapang tak? Aku nak ajak kau ke satu program menarik.
B: Minta maaf, A. Aku sekarang ni sangat sibuk.
Perbualan seumpama di atas sering kita dengar (atau mungkin kita yang menuturkannya). Sibuk dari sudut masa biasanya dikaitkan dengan masa yang terisi padat hingga tidak boleh diisi aktiviti lain. Tapi sebenarnya, sibuk itu bergantung pada persepsi seseorang. Tidak semestinya orang yang berkata "saya sibuk" benar-benar lebih sibuk berbanding orang yang tidak mengakui dirinya sibuk, dan begitulah sebaliknya. Sebagai contoh, mari kita bandingkan cara Manusia C dan Manusia D menghabiskan hari minggu mereka seperti di bawah:
Secara kasarnya, C dan D kedua-duanya sibuk pada hari minggu itu. Namun, jika kita lihat dengan lebih teliti kita akan mendapati salah seorang daripada mereka menyelesaikan lebih banyak kerja-kerja penting berbanding yang seorang lagi. D berjaya menyelesaikan aktiviti Kuadran Kedua berbanding C yang lebih banyak menghabiskan masa dalam Kuadran Pertama dan Kuadran Ketiga. Kata Fadzli Yusof dalam Majalah Solusi edisi 37: Menjadi produktif tidak sama dengan menjadi efektif.
Kadang-kadang, bila kita mengatakan diri kita sibuk, kita lupa bahawa masa adalah hak Allah. Masa itu sendiri adalah makhluk Allah. Bila kita merancang masa depan, kita lupa bahawa "tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Ta'ala". Pada kita manusia biasa, masa adalah suatu yang kuantitatif, tapi tidak pada DIA yang Maha Kuasa. DIA berhak memberi kita penjimatan masa dengan pertolongan yang tak disangka-sangka. Namun, kita mesti dulu bekerja dalam jalanNYA untuk mendapat pertolongan seumpama itu. FirmanNYA dalam al-Kitab:
"Wahai orang-orang yang beriman, tolonglah (agama) Allah nescaya (Dia) akan menolong kamu dan meninggikan kedudukan kamu." [47:7]
Kita akan selalu diuji dengan lima perkara:
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa muda sebelum tua.
3. Masa kaya sebelum miskin.
4. Masa lapang sebelum sempit.
5. Masa hidup sebelum mati.
Kata Stephen Covey,
"Di antara sinaps dan refleks ada satu ruang. Gunakan ruang itu untuk mengawal tindakan kita".
Kelapangan masa adalah antara bentuk rezeki Allah beri untuk hambaNYA. Manusia yang bersyukur sekurang-kurangnya akan memanfaatkan rezeki itu. Saya mengingatkan diri sendiri - jika ada orang bertanya "Sibuk tak?", berfikir sejenak sebelum menjawab agar kita tidak terlepas peluang terbaik hanya kerana persepsi kesibukan itu.