Tak mungkin wujud manusia yang tak pernah rasa marah sebab rasa marah itu fitrah manusia. Perasaan marah itu yang menjadikan manusia seorang manusia. Saya cepat marah tapi cepat sejuk. Biasanya kalau sangat marah, saya akan duduk diam - amat diam - sampai rasa marah itu pergi.
Bila rasa marah kepada orang, perasaan risau akan menghurung jiwa saya selepas marah reda. Saya akan terfikir, "Kenapa sukar aku berlapang dada dengan orang?" Biasanya, lama setelah rasa marah itu reda, saya akan menemui sebab kukuh yang mematahkan rasa marah itu. Maksud saya, sekiranya saya tahu sebab itu lebih awal ketika orang berkaitan melakukan kesalahan, saya sebenarnya tidak akan jadi marah.
Contohnya, pernah seorang rakan datang amat lewat ke pertemuan kami. Oleh sebab saya sampai tepat pada masa yang dijanjikan, saya rasa kepala saya berasap bila nampak kelibat rakan tersebut muncul di tempat pertemuan kami. TAPI... lutut dan sikunya berdarah... Dia baru lepas kemalangan tapi tetap berusaha sampai ke situ. Malah, berkali-kali meminta maaf pula kepada saya dalam linangan air matanya. Allah... Berdosa sekali saya rasa marah meluap-luap hampir setengah jam sebelum itu. Malah membazir masa dan tenaga saja melayan perasaan negatif itu. Kalau saya habiskan masa dengan membaca buku, mungkin ada satu penemuan baru dapat saya rekodkan hari tersebut.
Pernah juga satu ketika, rakan saya terlupa terus janji kami dan tak hadir ke tempat yang dijanjikan. Sukar bagi saya untuk tidak marah dalam situasi ini. Kemudian, saya dapat tahu dia sudah tidak tidur beberapa hari kerana bebanan tugas. Minda yang berkecamuk dan badan yang tak cukup rehat membuatkannya terlupa dengan janji kami. Sebab inilah, saya selalu pesankan kepada rakan-rakan sekerja saya, "Beritahu! Jangan simpan!" Saya tak pasti dengan perangai manusia yang satu ini. Adakah mengaku
"Aku tak tidur dah dua hari. Aku penat sangat. Boleh tak aku nak tidur?" atau
"Aku rasa nak menangis. Letih. Penat. Kerja melambak. Boleh tak aku minta rehat?"
sangat payah? Saya kira manusia sangat mementingkan ego dan air muka dari kelancaran dan hasil kerja.
Namun, mungkin juga orang-orang seperti ini pernah mengalami pengalaman ditepis oleh rakan-rakan mereka bila berterus-terang. Jawapan-jawapan seperti
"Kau ingat kau seorang saja banyak kerja?" atau
"Kita mesti mengurus masa dengan bijaksana. Kalau si polan dan si polan boleh buat, kenapa kau tidak?"
memang membunuh niat rakan untuk berterus-terang dan meluah rasa. Sebenarnya, sungguh banyak ruang untuk berlapang dada bila kita berdiam diri sejenak bila rakan-rakan meluah rasa sebelum bersuara memberi pandangan kita. Bukankah berbeza orang yang merungut semata-mata berbanding orang yang mengadu dengan niat menyelesaikan masalahnya?
Oleh sebab inilah, saya selalu risau bila naik marah. SubhanALLAH. Berlapang dada itu jauh lebih mudah disebut daripada dilakukan.
Bila berada dalam situasi 'dimarahi rakan' pula, usah pedulikan apa rakan anda fikir bila anda memberitahu situasi sebenar anda. Kita yang memutuskan hidup kita. Bertegaslah dengan diri sendiri dan berhati-hati membezakan 'sebab' dengan 'alasan'. Namun, pada masa yang sama, maafkanlah diri sendiri bila tidak mampu sebab itukan lumrah manusia.
Orang kacak jadi hodoh sekali bila marah!
Bila rasa marah kepada orang, perasaan risau akan menghurung jiwa saya selepas marah reda. Saya akan terfikir, "Kenapa sukar aku berlapang dada dengan orang?" Biasanya, lama setelah rasa marah itu reda, saya akan menemui sebab kukuh yang mematahkan rasa marah itu. Maksud saya, sekiranya saya tahu sebab itu lebih awal ketika orang berkaitan melakukan kesalahan, saya sebenarnya tidak akan jadi marah.
Contohnya, pernah seorang rakan datang amat lewat ke pertemuan kami. Oleh sebab saya sampai tepat pada masa yang dijanjikan, saya rasa kepala saya berasap bila nampak kelibat rakan tersebut muncul di tempat pertemuan kami. TAPI... lutut dan sikunya berdarah... Dia baru lepas kemalangan tapi tetap berusaha sampai ke situ. Malah, berkali-kali meminta maaf pula kepada saya dalam linangan air matanya. Allah... Berdosa sekali saya rasa marah meluap-luap hampir setengah jam sebelum itu. Malah membazir masa dan tenaga saja melayan perasaan negatif itu. Kalau saya habiskan masa dengan membaca buku, mungkin ada satu penemuan baru dapat saya rekodkan hari tersebut.
Pernah juga satu ketika, rakan saya terlupa terus janji kami dan tak hadir ke tempat yang dijanjikan. Sukar bagi saya untuk tidak marah dalam situasi ini. Kemudian, saya dapat tahu dia sudah tidak tidur beberapa hari kerana bebanan tugas. Minda yang berkecamuk dan badan yang tak cukup rehat membuatkannya terlupa dengan janji kami. Sebab inilah, saya selalu pesankan kepada rakan-rakan sekerja saya, "Beritahu! Jangan simpan!" Saya tak pasti dengan perangai manusia yang satu ini. Adakah mengaku
"Aku tak tidur dah dua hari. Aku penat sangat. Boleh tak aku nak tidur?" atau
"Aku rasa nak menangis. Letih. Penat. Kerja melambak. Boleh tak aku minta rehat?"
sangat payah? Saya kira manusia sangat mementingkan ego dan air muka dari kelancaran dan hasil kerja.
Namun, mungkin juga orang-orang seperti ini pernah mengalami pengalaman ditepis oleh rakan-rakan mereka bila berterus-terang. Jawapan-jawapan seperti
"Kau ingat kau seorang saja banyak kerja?" atau
"Kita mesti mengurus masa dengan bijaksana. Kalau si polan dan si polan boleh buat, kenapa kau tidak?"
memang membunuh niat rakan untuk berterus-terang dan meluah rasa. Sebenarnya, sungguh banyak ruang untuk berlapang dada bila kita berdiam diri sejenak bila rakan-rakan meluah rasa sebelum bersuara memberi pandangan kita. Bukankah berbeza orang yang merungut semata-mata berbanding orang yang mengadu dengan niat menyelesaikan masalahnya?
Oleh sebab inilah, saya selalu risau bila naik marah. SubhanALLAH. Berlapang dada itu jauh lebih mudah disebut daripada dilakukan.
"Seek first to understand, then to be understood."
.
Bila kita rasa marah, diam sejenak dan carilah ruang untuk berlapang dada. Di situ ada hikmah yang sangat besar dalam hubungan sesama manusia. Saya percaya:
A happy relationship relies on the ability to constantly forgive mistakes, smile in the middle of conflicts and laugh at weaknesses. And these abilities depend on our relationship with HIM.
Hablum min Allah wa hablum min an-nas.
Treat people the way you want to be treated.
Bila saya rasa marah mudah datang dalam hati, saya semak semula hubungan saya dengan-NYA.