Aku bukan anak bongsu. Jadi sudah terang lagi bersuluh, aku ada adik bongsu - dia perempuan. Aku sulung. Macam-macam pandangan aku dengar yang mengaitkan anak bongsu dan anak sulung.
Ada orang kata anak sulung sesuai kahwin dengan anak bongsu.
Ada yang lain kata anak sulung dengan anak bongsu berperangai berlawanan (lebih kurang 90%).
Aku tak suka generalisasikan orang - walaupun teori generalisasi terbukti berkesan dalam penyelidikan Kajian Pertubuhan (betulkah terjemahan aku ni? *keputusan: abaikan) - aku rasa tak adil meletakkan manusia 100% dalam kumpulan tertentu. Generalisasi adalah kajian menyeluruh, masih satu persepsi. Namun, aku suka perhatikan orang, lalu adik bongsu aku adalah antara bahan perhatian (baca: ujikaji) aku (= tikus makmal).
Beberapa pandangan popular yang aku perlu sangkal sebab tidak termaktub dalam hubungan kami berdua:
1. Anak bongsu selalu mengalah dengan anak sulung - SALAH sekali!
2. Anak bongsu manja - Manja tiada dalam kamus beliau, harap maklum.
3. Anak sulung tegas - Betul, tapi beliau tetap menang akhirnya.
Pandangan aku
Anak bongsu tak semestinya manja. Hakikat bahawa ibu bapa memanjakan anak bongsu memang sukar disangkal. Saya bersahabat dengan ramai anak bongsu yang ibu bapa mereka sukar melepaskan mereka ke asrama masa zaman muda-muda. Ada juga sahabat lelaki yang ibu bapanya rasa sedih melepaskan mereka untuk berkahwin.
TAPI, sikap ibu bapa yang ini menghasilkan dua jenis tindak balas dari anak bongsu - pertama; dia terpengaruh lalu jadi manja, dan kedua; dia menentang dan jadi berdikari. Adik aku jatuh dalam kategori kedua. Aku selalu saja dengar dia berkata dengan kacaknya, "Mak bertenang ye. Adik tahu apa nak buat. Mak jangan risau." Walaupun panggilan 'adik' tu lekat, nama itu tak mencerminkan sikap tipikal bongsu.
Perkara paling menarik hasil pemerhatian aku...
Ada satu hubungan yang sukar dimengerti antara ibu bapa (terutamanya ibu) dengan anak bongsu. Hubungan yang tak mungkin dapat difahami anak-anak lain, termasuk aku. Kerinduan pada anak bongsu lain. Sayang pada anak bongsu lain. Perasaan sukar melepaskan anak bongsu pergi jauh itu lain dengan anak-anak sebelumnya. Oleh sebab aku tak faham, maka aku tak dapat nak terangkan di sini.
Cemburu? Jauh sekali. Sukaaa... sangat tengok orang berdua tu berkasih-sayang.
Mungkin sebenarnya bukan sebab anak bongsu...
Certain is it that there is no kind of affection so purely angelic as of a father to a daughter. In love to our wives there is desire; to our sons, ambition; but to our daughters there is something which there are no words to express. ~Joseph Addison
Ketidakpastian di atas mungkin hanya akan terjawab bila wujud orang paling akhir muncul dan panggil aku 'emak' - anak bongsu akulah orangnya - satu hari nanti, insyaAllah.

*gambar hiasan semata-mata

1. Anak bongsu selalu mengalah dengan anak sulung - SALAH sekali! [setuju!]
ReplyDelete2. Anak bongsu manja - Manja tiada dalam kamus beliau, harap maklum. [meski pun aku jatuh dikelompok kedua. tp masih cuba mahu bermanja dengan semua orang.sj nk orang bg perhatian lbh kt dia =p]
3. Anak sulung tegas - Betul, tapi beliau tetap menang akhirnya. [kakak sulung aku ada 70% sifat ditaktor yg tak tahu diwarisi oleh siapa!]
4. panggilan 'adik' tu lekat sampai tua.. [setuju]
5. anak sulung dengan anak bongsu berperangai berlawanan [tak sampai 90%. aku fikir dalam 40-50% shj. aku paling rapat dgn kakak sulung.]
6. tambah sikit. anak bongsu =degil
7. tambah sikit lagi. anak bongsu =suka menjawab
8. anak bongsu sgt berdikari [setuju juga]
9. anak bongsu lbih bnyak kemahiran berbanding kakak abang mereka sbb kakak abang dh kumpul semua kemahiran tu pd dia seorang [mereka manusia serba blh. hahaha.. kalau dia tak buat tu bukan bererti dia tidak tahu. tp sebb dia malas dan mahu bermanja. jd dia cuba mengambil perhatian orang lain untuk buatkan untuk dia.. betulkh..?]
Ulasan yang menarik dari anak bongsu.
ReplyDeleteNombor 3 tu - Aku selalu cuba mendiktatorkan diri. Kat member2 aku jadi. Kat adik aku sendiri xjadi la pulak.