Tiada motivasi yang lebih bermakna dalam hidup ini daripada mengingati mati.
Ibnu Umar berkata,
“Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Kata Steve Jobs,
"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart."
Minggu lepas, secara rasminya umur saya bertukar kepada 25 tahun - sambutan jubli intan. Tarikh itu sentiasa mengingatkan saya tentang mati. Saya akan membaca kembali koleksi jurnal-jurnal peribadi saya lalu menyemak impian, angan-angan, dan gol peribadi yang pernah saya catatkan. Setiap kali melalui proses ini, saya tidak akan terlepas dari bertanya kepada diri sendiri, "Andai ini hari terakhir saya, adakah saya berpuas hati?"
Adik saya bertanya pada hari itu, "Apa azam baru akak sekarang?" "Susah nak jawab soalan adik ni," balas saya. Peringatan terbaik untuk saya memperbaharui kesedaran saya tentang matlamat-matlamat hidup yang masih belum tercapai.
Ucapan hari lahir terhebat yang saya terima, datang daripada seorang teman rapat, berbunyi begini,
"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu." [KH Rahmat Abdullah]
Lalu saya balas mesej hari lahir itu dengan "Teruslah istiqamah, hingga mati menjadi realitimu."
Menyambut hari lahir bukanlah satu budaya dalam keluarga saya. Salah satu sebabnya adalah kami sekeluarga tak suka makan kek =P. Tapi pokoknya, menyambut hari lahir bukanlah ibadah dalam Islam, malah bukan juga adat dalam masyarakat Melayu, tetapi satu adat global yang diterima pakai dalam dunia moden ini. Saya bukan tidak suka menyambut hari lahir, malah sangat gembira dan bersyukur ada rakan-rakan yang mengingati dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Kebahagiaan yang tak terucapkan... Bahagia kerana ingatan itu, bukan kerana kek atau hadiah atau tanda ingatan berbentuk material.
Sebagai orang yang hidup dalam dunia moden, bergaul pula dengan masyarakat majmuk, berbilang bangsa, saya menganggap sambutan hari lahir sebagai satu tanda ingatan dan penghargaan yang tidak ternilai daripada rakan-rakan saya.
Kepada rakan-rakan Muslim, saya suka mengingatkan bahawa semakin kita menyambut hari lahir, semakin dekatlah kita dengan ajal kerana masa yang akan tiba itu sudah sedia tercatat dalam Luh Mahfuz. Tinggal kita tidak mengetahui bila berlakunya.
Kata seorang kawan, "Selamat mendekati hari kematian, Afzani."
Terima kasih rakan-rakan semua :-)