Bahasa Jiwaku

Saya adalah seseorang yang sangat menghargai bahasa. Saya berusaha untuk bercakap atau menulis dalam satu bahasa pada satu-satu masa tanpa mencampur-adukkannya dengan bahasa lain. Saya kira itu usaha termudah yang dapat saya lakukan untuk menghormati bahasa, tidak kira bahasa apa sekali pun.

Sejak belakangan ini, saya berusaha gigih untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris saya. Maka blog pertama saya didekasikan hampir sepenuhnya dalam bahasa tersebut. Alhamdulillah, usaha saya menampakkan hasilnya. Namun, saya mengesan satu masalah baru mutakhir ini -

Saya kadang-kadang KEHILANGAN PERKATAAN BAHASA MELAYU semasa berfikir! /(0_o)\~

Kalau dulu saya sering kehilangan kata-kata semasa bercakap dalam Bahasa Inggeris kerana otak saya sedang ligat menterjemah kosa kata bahasa Melayu dalam kepala. Kini, kadang-kadang, saya berfikir dalam Bahasa Inggeris dan memerlukan rakan-rakan saya untuk menterjemahkan maksud saya dalam Bahasa Melayu.

Adakah ini satu perkara yang buruk? Saya rasa tidak. Saya cuma perlu melatih otak saya untuk keluar sedikit dari batas keselesaan biasa dan menguasai kedua-dua bahasa. Berusaha sehabis daya!
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

2 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. saya juga mengalami masalah sebegini....

    ReplyDelete
  2. tp lepas aku bace sume blog anda, aku rasa aku lg faham blog inggeris anda tu...HAHAHAHAHHA....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post